Pesanan Menjadi Lebih Mudah Secara Online

Pesanan Menjadi Lebih Mudah Secara Online
Biskut Raya Home Made

Monday, May 11, 2015

SELAMAT DATANG

Seperti yang diketahui sekarang kita semua sudah berada di dalam bulan mei. Ini bermakna lebih kurang sebulan sahaja lagi umat islam akan berpuasa apabila tiba bulan ramadhan. Seterusnya akan menyambut hari lebaran di bulan syawal kelak. Selain beribadah dibulan puasa, pasti pelbagai rancangan diatur untuk menyambut hari raya. Sudah semestinya kuih raya merupakan salah satu darinya.
Kalau zaman dahulu, kuih raya biasanya disediakan sendiri di rumah. Namun di dalam dunia yang semakin mencabar ini dan selaras dengan peredaran, zaman ramai wanita/para isteri perlu keluar berkerja untuk menambah pendapatan. Seterusnya menyebabkan ramai yang memilih untuk menempah/membeli sahaja kuih/biskut raya.
Justeru, kuihraya4u ingin menolong memudahkan anda untuk menyediakan biskut raya. Terdapat beraneka biskut raya yang bakal memenuhi keperluan anda. Untuk itu anda boleh melihat bahagian Produk Sekiranya anda ingin membuat tempahan, sila klik Borang Pesanan.

No comments:

Post a Comment